Tuesday, June 16, 2009

chin peng


saya terpanggil untuk mengulas isu kepulangan chin peng. ini mungkin kerana saya terhidu isu sentimen,sensitiviti dan juga politik. kini sudah reda isu ini jadi inilah masanya untuk saya mengutarakan pendapat kerana jika perkara ini masih hangat mungkin juga saya bakal dipandang serong atau lebih teruk lagi. bermula pada era jepun parti komunis malaya telah begitu banyak memberikan tentangan kepada jepun. dahulunya kita begitu menyokong mana mana pergerakan menentang penjajah. namun indah khabar dari rupa. apabila berakhirnya zaman jepun kita telah diperlihatkan kekejaman parti komunis malaya yang akhirnya melarat menjadi duri dalam daging dek kerana kita sukar membezakan mereka dari orang biasa. mereka juga rakyat malaysia,rambut sama warna tetapi hati lain lain.siapa yang menyangka salah satu gerakan patriot telah menjadi gerakan radikal yang cukup ganas. bertahun lamanya kita melancarkan perang secara psikologi dan bersenjata. akhirnya tumpas juga mereka. itulah antara sedikit rentetan perjalanan putih menjadi hitam,baik menjadi jahat.

kini setelah berpuluh tahun chin peng kembali. bukan dengan menghidupkan kembali komunis tetapi hanya ingin kembali menghirup udara segar di kampung halaman. mungkin ramai yang menentang kepulangan beliau kerana tindakan beliau yang telah mengorbankan begitu banyak nyawa nenek moyang kita. akan tetapi cuba lihat dari perspektif positif di luar kotak mentaliti normal. ramai yang berkata "apa untung bawa dia balik?". memang tiada untung tetapi jika kita terbalikan soalan tersebut "apa ruginya bawa dia pulang?". nah. disitu kita terdiam. kita tidak rugi apa apa jadi mengapa kita perlu mengekang kemasukan semula beliau? mungkin kita tidak sedar yang beliau mungkin telah insaf. tetapi keinsafan tidak cukup untuk masyarakat malaysia yang secara umumnya membenci beliau. hukuman di malaysia lebih kepada pembalasan daripada pengajaran. jika benar kita rakyat malaysia mempunyai nilai murni yang tinggi. mengapa kita berdendam? pikirkan. mengapa kita tidak membenarkan dia pulang dan mengambil tindakan akan dosa lampau beliau? bukankah lebih baik jika kita bawa beliau pulang? kerana selagi beliau di luar negara beliau tidak akan mendapat hukuman yang setimpal. namun mengapa kita menolak? kerana takut kembali tertubuhnya semula komunis. dakwaan ini langsung tidak masuk akal kerana rakyat majmuk kini sudah terdidik dengan silibus sejarah tingkatan 5 yang jelas jelas menghasut minda muda membenci komunis. apa lagi yang kita mahukan? tindakan takutkan komunis kini tidak lebih dari takutkan bayang bayang sendiri. jika kita mampu menumpaskan komunis dizaman komunis megah mengapa kita tidak mampu menumpaskannya kini? kerana kita senantiasa inginkan perkara yang mudah dengan tidak mengambil risiko sedadngkan kita lupa kita maju hari ini kerana susah payah di hari dulu.

secara konklusinya saya menyokong kepulangan chin peng kerana beliau perlu dihadapkan kemuka pengadilan. dan jika beliau benar insaf beliau akan terima dengan tangan terbuka begitu juga dengan kita. namun kita tidak mampu melakukan kerana kita(rakyat malaysia) tidak mampu melihat perkara yang tersirat dan tersurat disebabkan pemikiran streokospik. renungkan semula. kita pasti menyokong kepulangan beliau.

*secara peribadi. ideologi komunis adalah cukup bagus sebenarnya. tetapi bagi malaysia yang terdiri dari berbilang kaum. komunisme bukanlah pilihan terbaik kerana terdapat sensitivi yang perlu diambil kira. ingatkan diri kita russia,china,dan korea utara merupakan contoh bekas komunis yang berjaya. mereka mencedok ilmu luar dan sendiri untuk menjadikan negara mereka antara yang digeruni kini. selepas tumbangnya ussr kini mereka kembali dengan pengajaran yang membina. kita juga sama. bangun selepas jatuh. sedar setelah sesal. :)

No comments:

Post a Comment