Thursday, June 25, 2009

mat rempit-bahagian 1

introduksi

di dalam kancah kehidupan yang semakin haru biru manusia akan mula menunding jari dan membenci. disebabkan satu cetusan idea menghasilkan satu letupan paradigma seperti yang banyak berlaku hari ini.

apabila kita bercakap tentang sesuatu isu dan lebih lebih lagi dipamerkan ke khalayak ramai kita seharusnya mengkaji satu tajuk dengan akal fikiran dan bukan dengan mata dan telinga sahaja. mengapa? kerana mata bisa dibutakan,dan telinga boleh tersilap. lain pula dengan akal fikiran dimana kita boleh berfikir secara kritis,kreatif dan kritikal menggunakan pengetahuan dan naluri kemanusiaan.

ia mungkin menimbulkan kontroversi kerana setahu saya tidak ramai yang menyukai mat rempit. mengapa mereka membenci? mengapa mereka merempit? mengapa kita tidak pernah menang dalam isu menangani mat rempit? semua itu akan saya ulas sebaik baiknya. namun harus di ingat saya bukanlah sempurna.

asal usul mat rempit

kita mulakan dengan apakah itu mat rempit? mat rempit merupakan satu nama panggilan terhadap individu atau kumpulan yang terlibat dalam aksi lumba haram atau aksi lain yang membahayakan pengguna jalan raya yang lain. secara teori tiada sebab musabab atau penjelasan teperinci tentang mana asalnya nama mat rempit. satu satu sumber yang sah dan kukuh adalah dari kamus dewan yang memberi maksud.

"rempit adalah menyebat dengan rotan"(kamus dewan,dewan bahasa dan pustaka)

jadi dimanakah datangnya nama mat rempit? ada yang melibatkan ianya dengan bunyi motor yang di pulas minyaknya. ada juga yang mengatakan mirip bunyi motosikal 2 lejang model yamaha rxz 135. mungkin ada mirip sedikit.

faktor kelahiran mat rempit

kita teruskan kupasan dengan soalan kedua. apakah faktor menyumbang kepada gejala mat rempit? tekanan emosi,pengaruh media dan kurang didikan dan pengekangan. itulah antara faktor utama yang membenihkan mat rempit.

tekanan emosi mungkin datang dari pelbagai sudut dengan pelbagai rupa. misalan seorang mat rempit di felda kesempitan wang dan dari hasil merempit mereka mungkin dapat wang dan secara relatifnya mengurangkan tekanan. bagaimana aksi liar dan merbahaya mengurangkan tekanan? apabila kita dihadapkan dengan situasi merbahaya bendalir adrenalin akan dihasilkan dimana kita akan bertindak lebih pantas dan lebih peka. ketika kita dalam keadaan tersebut kita akan mempunyai peluang yang tinggi untuk melupakan segala permasalahan yang terbendung di dalam minda. dan saya percaya kerana inilah mat rempit gemar aksi merbahaya. ini kerana kajian yang dijalankan oleh saya sendiri terhadap 50 orang mat rempit,40 orang menyatakan keseronokan dalam aksi merbahaya dan berjaya melupakan masalah yang membelenggu mereka dalam sesi perbualan untuk kajian tersebut.

pengaruh media juga memainkan peranan penting. dengan wujudnya filem seperti remp-it,bohsia dan kl menjerit. remaja yang masih hingusan menjadi teruja dan ingin mencuba. bukanlah ingin disalahkan pengeluar filem. ya. niat mereka baik kerana didalam setiap cerita ada sahaja pengajaran berguna. namun di ingatkan remaja bukanlah jenis mengambil pengajaran dari filem. mereka lebih kepada meniru aksi dan gaya dalam sesebuah filem. jadi kita sebenarnya tersalah mengambil langkah menginsafkan mat rempit, sebaliknya kita mula melahirkan generasi baru mat rempit secara tidak sengaja.

kemudian,kebanyakan dari mat rempit adalah golongan kurang intelek atau berpendidikan. cuma 11 peratus dari mereka yang ke IPTA(kajian UKM). secara natural mereka yang kurang pendidikan akan lebih terdorong menimbulkan masalah sosial atau jenayah. akan tetapi mengapa mereka memilih untuk merempit daripada merompak dan merogol? ini kerana kelongaran didalam pemantauan ibu bapa dan tindakan memberikan mereka motorsikal berkuasa sederhana menjadikan mereka lebih tertarik ke arah merempit. setelah mereka berjaya dalam merempit,kebosanan akan timbul. lalu dari situlah mereka mula menjinakkan diri dalam jenayah seperti ragut.

banyak antara kita tidak sedar akan faktor penghasilan mat rempit kerana kita lebih ke arah menangani gejala mat rempit. mengapa? kerana kita semua manusia lebih ramai yang memikirkan tentang penyelesaian dari penyebab. sebelum kita mampu berurusan dengan masalah yang semakin menghantui kita,seharusnya kita mengambil langkah lebih efisyen dengan mencegah dari mengubati. apabila kita berjaya mengatasi faktor seperti pengaruh media,pendidikan dan pengekangan secara signifikan gejala sosial ini akan menurun secara beperingkat.

namun begitu kita tersilap langkah dengan memerangi mereka. satu blog sukan pemotoran antarabangsa yang enggan dikaitkan dengan artikel saya menyebut. "they(mat rempit) needs a balanced approach". dan satu lagi artikel dari satumalaysia.wordpress.com menyatakan. "Jiwa Mat Rempit begitu keras. Oleh itu, pendekatan yang keras pasti gagal. Benda keras berlanggar dengan benda keras akan pecah. Pendekatan lembut tetapi sesuai amat mustahak." nah. kita sudah nampak disitu akan harusnya pendekatan yang komprhensif berbanding agresif. tetapi mengapa kita mesti bertindak agresif? kerana secara logiknya tindakan spontan yang agresif bakal melegakan hati manusia buat sementara waktu. jika kita tergolong dalam golongan yang sebegitu,jelaslah bahawa kita bukan ingin membanteras isu mat rempit secara total tetapi memuaskan nafsu dan dendam sendiri.

----------------------------------------------------------------------------------

tamat bahagian satu yang mengupas asal usul mat rempit.
bahagian dua akan melihat situasi daripada pandangan mat rempit sendiri.
bahagian tiga akan melihat situasi daripada pandangan orang ramai.
bahagian empat akan melihat cara menyelesaikan isu mat rempit.

----------------------------------------------------------------------------------

didalam menghasilkan artikel ini ingin saya mengucapkan ribuan terima kasih terhadap:

-Mazidul Akmal Sidek(penerbit eksekutif tv3)
-Kamal Affendi Hashim(penganalisi jenayah)
-Universiti Kebangsaan Malaysia(IPTA)
-Dewan Bahasa dan Pustaka
-satumalaysia.wordpress.com

dan mana mana pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. saya mungkin menggunakan beberapa idea atau isi penting tentang isu mat rempit untuk menghasilkan artikel ini. harap maaf jika gagal mendapatkan kebenaran.

----------------------------------------------------------------------------------

sila komen kerana artikel ini adalah satu kerangka dalam penulisan thesis saya. terima kasih.

2 comments:

  1. Bagi saya, polis patut diberi kebenaran utk menembak mat rempit.
    Mat rempit menyusahka org je.
    Dah lah menunggang secara bahaya, lepas tu memekak di malam buta.
    Menyusahkan org lain betul.

    ReplyDelete
  2. masalahnya mampukah polis membezakan mat rempit dan remaja biasa? bayangkan anda ditembak. apa perasaan ibu bapa anda? jelasnya kita mencari penyelesaian yang konkrit dan bukan membuta tuli. :)

    ReplyDelete